Penyanyi, Nourul Depp sekeluarga berada Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Bali, Indonesia, awal hari ini.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini menerusi media ada memaklumkan bahawa dia sekeeluarga bakal berhijrah dan menetap di Bali.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab meluahkan rasa syukur kerana semua urusannya dipermudahkan.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi berusia 44 tahun ini turut menitipkan ucapan selamat tinggal dan terima kasih buat para peminatnya.
“Alhamdulillah. Selamat check in. Terima kasih semua yang mendoakan. Tak kudah berjalan dengan anak kecik. But Allah mudahkan.
Ads
“Kami nak ucapkan terima kasih kat semua pekerja di airport and all imigresen staff di malaysia. Love you all,” tulisnya.
Pelakon, Datin Almy Nadia memaklumkan suaminya yang juga merupakan aktor popular, Datuk Fizz Fairuz kini sedang menerima rawatan di hospital selepas dilaporkan diserang penyakit angin gastrik.
Menurut Almy, sejak dua minggu yang lalu, jadual pemakanan suaminya agak sedikit terganggu disebabkan paras asid di dalam perut semakin meningkat.
Lantaran itu, Almy memaklumkan dirinya terpaksa memujuk suaminya untuk datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.
“Harini sekali lagi dia dipaksa oleh isteri dia datang ke hopsital untuk buat acara serah diri disebabkan angin gastric.
“Doktor cakap gastric dia banyak sebab dah dekat dua minggu dia tak makan disebabkan asid dalam perut banyak,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, selepas diberikan ubat, doktor menasihatkan Fizz Fairuz untuk mengikut jadual pemakanan yang betul agar insiden seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Dikesempatan itu juga, Almy turut memohon kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan agar suaminya itu lekas sembuh seperti sedia kala.
“Now acara drip. Masuk ubat bagi dia okay. Lepas ni makan kena makan betul-betul. Doakan semua my boy cepat sembuh.
“I sentiasa ada dengan you okay sayang. Apa jadi pun i ada dengan you ok love @fizzfairuzofficial,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan agar segalanya baik-baik sahaja buat Fizz Fairuz.
“Allah…Semoga Allah angkat segala sakit Datuk Fizz Fairuz.
“Semoga diberikan syifa oleh Allah SWT. Amin.
“Semog cepat sembuh. Makan kena jaga. Pikiran kena positif. Happy selalu. InsyaAllah cepat baik.
“Syafakallah Datuk. Take care Datin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Almy ada berkongsi mengenai keadaan suaminya yang yang diserang gastrik dan sakit belikat.
Malah, kebelakangan ini juga, Datuk Fizz sering kali kelihatan berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan mengenai penyakitnya itu.
Sumber: Instagram Datin Almy Nadia & Datuk Fizz Fairuz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke-64 sebelum ini, kebanyakan stesen televisyen dilihat banyak memainkan drama serta program-program berunsurkan patriotik.
Bagi pelakon senior, Zainol Macwilson pula, kisah-kisah seperti ini sebenarnya merakam kembali memori sewaktu dia berkhidmat sebagai anggota tentera British pada sekitar tahun 1979 sehingga 1985.
Menurut Zainol, sepanjang tempoh tersebut, dia telah berkhidmat di beberapa buah negara Eropah antaranya Jerman dan Ireland Utara.
“Mmmm….sejak kebelakangan ni, kat TV banyak program bercorak ketenteraan. Bila tengok tu, teringat pula pada zaman masa saya sendiri pernah berkhidmat dalam ATB (Angkatan Tentera British) pada tahun 1979 – 1985.
“Pernah berkhidmat dengan NATO Forces di Germany selama setahun dan di Ireland Utara selama setahun,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan bapa kepada pelakon, Zahirah Macwilson itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Dalam pada itu, Zainol turut memaklumkan antara momen yang tidak dapat dilupakannya, ketika dianugerahkan pingat, General Service Medal diatas pencapaian cemerlangnya.
“Saya juga bangga di beri pingat GSM (General Service Medal) walaupun tak pernah diberi peluang berlakon sebagai pegawai/anggota tentera dalam drama atau filem melayu.
“Namun saya tetap bangga sebab saya sendiri tau yang dalam realitinya, saya dah pernah berkhidmat. Gambar ni di ambil pada tahun 1980 di Belfast, Ireland Utara,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut menitipkan ucapan terima kasih sapanjang khidmatnya bergelar seorang tentera.
Antaranya;
“Great experience uncle.”
“Wow, salute sir. Baru tahu rupanya uncle ex army.”
“Wah, hebat! Baru tahu pernah berkhidmat dalam tentera. Hanya yang telah mengalami tahu perit jerih masuk tentera.”
“Terbaik uncle, thank you for sharing.”
Sekadar informasi, selain aktif berlakon, Zainol juga turut sibuk menguruskan bisnes baja miliknya di Perlis.
Sumber: Instagram Zainol Macwilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti sedia maklum, situasi pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh negara nyata memberikan kesan kepada hampir seluruh sektor, termasuk perniagaan.
Sebagai seorang usahawan, Datuk Aliff Syukri mengakui perniagaan miliknya juga turut sama terjejas gara-gara pandemik.
Bagaimanapun, Aliff tetap melunaskan tanggungjawab dengan membayar zakat perniagaan meski berhadapan cabaran.
Menerusi satu perkongsian di akaun Instagram, Aliff memuat naik foto beberapa cek bayaran dengan salah satu tertera amaun mencecah lebih RM50,000.
“Kehidupan yang serba mencabar ini ramai orang terkesan bukan sahaja covid tetapi tekanan emosi dan juga perasaan.
“Semoga dengan bantuan zakat hasil bisnes @as.hijabofficial @dherbsholdingshq @sugehecoresort
yang saya salurkan kepada @zakatselangor ini, dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.
“Saya tak mintak banyak, saya minta anda doakan Bisnes saya semakim maju dan success dan dijauhkan dengan orang-orang yang ingin menjatuhkan saya.
“Dan semoga Nenek saya sihat seperti dahulu kala. Amin Ya Rab,” tulisnya.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.