“Alhamdulillah Semua Dalam Keadaan Baik…” – Ebit Lew ‘Update’ Keberadaan Selepas 2 Minggu, Ramai Rasa Lega!

Share

Seperti umum mengetahui, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini terbang ke Mesir seterusnya memasuki Gaza Mei lalu bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Bagaimanapun sejak beberapa hari lalu, timbul spekulasi mengenai pendakwah tersebut yang didakwa senyap dari berkongsi berita terkini mengenai dirinya.

Malah, tiada juga sebarang ‘updated’ yang dikongsikan di laman media sosial

Lalu, Ebit ada berkongsi khabar perkembangan terkini menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Ebit memaklumkan, semuanya berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan baik sahaja.

“Doakan yer..Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan-ebitlew,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Ebit telah berlepas ke Mesir pada 25 Mei 2021 menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

Difahamkan, beliau bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent dalam misi tersebut.

Foto: Instagram Ebit Lew

IKLAN