Pelakon ini dihimpit kontroversi hebat awal tahun ini hinggakan ramai netizen yang memberikan kecaman terhadapnya.

Namun begitu, Izreen Azminda tidak mudah berputus asa dan tabah meneruskan kehidupannya sebagai anak seni.

Dalam kesempatan MH bertemu dengannya dalam program Azura Couture Raya 2018 Fashion Show, Izreen mengakui ada juga peminat yang tercari-cari kehilangannya.

IKLAN

“Ada, ramai yang DM tanya bila nak muncul balik di kaca TV. Ada juga yang saya sempat reply terangkan pada mereka.

“Saya terangkan, ‘InsyaALLAH kalau tiada apa-apa nampaklah Izreen di kaca TV,”terangnya lagi.

Terdahulu, Izreen ada kehilangan beberapa tawaran kerja berikutan kontroversi berkaitan dirinya, suami, Ude dan bekas isteri Ude, Intan Liana.

IKLAN

“Alhamdulillah, Sekarang Tawaran Sudah Kembali” – Izreen Kongsi Bakal Muncul Kembali Di Kaca TV

IKLAN

Sementara itu, Izreen turut berkongsi perkembangan barunya dengan MH.

“Alhamdulillah, sekarang tawaran-tawaran sudah kembali. Mungkin dulu masa keadaan tengah panas itu yang ada kena tarik.

“Tapi sekarang, isu pun dah reda. Pihak masing-masing dah move on. Saya percaya dengan rezeki ALLAH SWT.

“Saya tahu saya berada di tempat mana, situasi apa, apa yang dah saya lakukan jadi tidak perlulah isu berbangkit ini diperbesarkan atau diperkatakan lagi.

“Kita doakan yang baik-baik sahaja,”katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Izreen ada terlibat dengan beberapa program untuk Hari Raya Aidilfitri akan datang dan juga banyak fokus kepada keluarga.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI