“Alhamdulillah… Sedang Berusaha Untuk Allah SWT ‘Kisah’ Tentang Saya,” – Insafi Diri, Datin Alyah Mahu Berbuat Baik Selagi Termampu

Share

Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hasan ada berkongsi cerita mengenai kisah hidupnya selepas diundang sebagai tetamu jemputan untuk program Naura Shares.

Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini memberitahu perihal hubungannya bersama Yang Maha Pencipta.

Kongsi Alyah, dirinya dulu sangat alpa dengan duniawi namun kini semuanya berubah selepas mencuba untuk mencari kerehdaan Allah SWT.

“Dulu saya amat kesah tentang apa pandangan orng terhadap saya. Setelah saya mempelajari apa tujuan hidup dan kemana kita selepas hidup.

“Alhamdulillah saya Sedang berusaha utk Allah swt kesah tentang saya. Walau seburuk mana pon kita dimasa lampau, tiada manusia bole menghakimi kita. Kerna Baginda Rasul SAW juga tidak pernah melakukannya.

“Dan Allah swt maha pengasih ,maha penyayang juga maha pengampun. Dia akan menanti kita di penghujung. Usahakanlah penghujung yg baik wlu pun permulaan kelam dan kelabu.

“Jadi ikhlaslah dlm segala hal kerana Allah SWT. Berbuat baik selagi mampu, semoga kita dipandang Allah swt nanti di sana dgn pandangan kasih dan syg Amin3,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Program bual bicara Naura Shares disiarkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Naura (125). Semoga perkongsian Alyah dapat dijadikan sebagai panduan hidup kepada semua.

Foto: Instagram Alyah

IKLAN