“Alhamdulillah, Saya Kini Sudah Bertunang.”

Share

Pelakon Raysha Rizrose selamat melangsungkan pertunangan bersama kekasihnya yang juga pelumba kereta Formula 3, Nabil Jefri, hari ini.

Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 27, berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dikemas kini di Instagram.

“Alhamdulillah, i am officially engaged,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran sama, Raysha yang juga adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia Senrose turut memuat naik beberapa keping foto sepanjang majlis berlangsung.

Malah perkongsian sama turut menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.

Terdahulu, Raysha mengakui dia kini sudah bersedia untuk bergelar isteri kepada Nabil yang dikenalinya lebih 10 tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN