“Alhamdulillah, Saya Kini Bergelar Ibu,” – CP Juliana Evans Selamat Timang Cahaya Mata

Share

Pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata pertama.

Berita gembira itu dimaklumkan bintang kacukan itu menerusi Insta Story miliknya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, I am a mother,” tulisnya ringkas.


Menerusi foto yang dikongsi itu, dapat dilihat   wajah si ibu yang memandang wajah anaknya sambil tersenyum.

Turut dikongsikan ialah situasi ruang menunggu saat menantikan kehadiran permata hati lahir.

Bagaimanapun wajah penuh anak belum dikongsikan kepada umum.

Pelakon Kami The Movie ini mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

Foto: Instagram CP Juliana Evans

IKLAN