Berita

“Alhamdulillah. Saya, Isteri Dan Anak Bongsu Sempat Lari Keluar Kereta,” – Roy Azman

Share

Pelakon senior Roy Azman, isteri dan anak bongsunya terselamat daripada kecelakaan jalan raya menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram, hari ini.

Roy turut meluahkan rasa syukur kerana sempat menyelamatkan diri daripada keretanya yang dirakam sedang terbakar.

Menerusi hantaran sama, Roy turut berkongsi keadaan kenderaan yang dipandunya sejurus api dipadamkan.

“Salam semua. Alhamdulillah. Saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta. Syukur,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, ramai yang terkejut sekaligus mendoakan kesejahteraan Roy seisi keluarga atas ujian yang menimpa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN