“Alhamdulillah Rumah Pertama Di Hadapan KL Tower,” – Aisar Khaled

Share

Pempengaruh dan pelakon, Aisar Khaled kini berjaya memiliki rumah pertamanya pada usia 22 tahun.

Sambil menyatakan rasa syukur, pemuda tinggi lampai ini juga tidak menyangka apabila akhirnya dia berjaya memiliki kediaman idaman.

“Alhamdulillah rumah pertama berhadapan Kl Tower. Tak sangka dengan usia yang macam ni dapat jugak apa yg i impikan syukur sangat sangat,” tulisnya.

Aisar turut memuat naik beberapa fotonya yang dirakam pada beberapa ruang kediaman.

Menerusi hantaran sama, Aisar turut menitipkan beberapa nasihat buat remaja di luar sana.

“Nasihat saya untuk anak muda; 

jangan berhenti separuh jalan, jangan mudah give up dan jangan berada di dalam zon selesa,” tulisnya lagi.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 25,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN