“Alhamdulillah Rezeki Allah,” – Usop Maklum Isteri Sah Hamil Anak Sulung, Tahniah!

Share

Penyanyi, Usop telah menerima satu kejutan istimewa daripada isteri tercinta, Nur Fatihah Md Hashim yang kini disahkan hamil anak pertama.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkongsi momen ketika menerima kejutan istimewa itu di Instagram.

Di samping mengukir senyuman kegembiraan, penyanyi berusia 24 tahun ini menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa.

“Alhamdulilah rezeki allah…I love u sayangku #usopjunior,” tulisnya ringkas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah kepada penyanyi lagu Selamanya itu.

“Happynya tahniah adikku,” titip rakan penyanyi, Shiha Zikir.

“Syukur Alhamdulillah Tahniah @usopofficial & isteri..bakal jadi mama & papa..moga anak yg bakal lahir jadi anak yg soleh. AMINNN..,” tulis rakan selebriti, Serina Redzuawan.

“Jaga isteri tu elok² tau.. Peringkat awall lagi tu, semoga dipermudahkan semuanya insyaAllah.. Congrats usop n wife !,” titip seorang peminat.

Imbas kembali, Usop telah mendirikan rumah tangga bersama Nur Fatihah Md Hashim pada 4 Februari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Usop

IKLAN