“Alhamdulillah Proses Berjalan Lancar,” – Neelofa Selesai Beri Keterangan, Isu Pakai Niqab Tanpa Mengenakan Pelitup Muka

Share

Usahawan dan selebriti, Noor Neelofa menjelaskan telah beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa membabitkan dakwaan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) iaitu pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Neelofa, 32, hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, kira-kira jam 10.50 pagi tadi ditemani suami Muhammad Haris Mohd Ismail, serta peguamnya.

Neelofa selesai memberikan keterangan pada jam 11.40 pagi.

“Pihak kami sudah berikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak polis dalam menyelesaikan kes ini.

“Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar. Tak banyak yang boleh saya ulas tentang hal ini memandangkan kes masih lagi dalam siasatan.

“Insyaallah jika ada perkembangan, pihak saya ataupun pihak polis akan maklumkan. Terima kasih,” katanya.

Terdahulu, beberapa keping foto yang memperlihatkan bayangan hampir separuh wajah bekas hos MeleTOP itu di sebalik purdah menimbulkan persoalan di kalangan netizen ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan, Khamis lalu.

Foto: Sinar Harian

IKLAN