“Alhamdulillah…,” – Pelakon Julia Ziegler Selamat Timang Bayi Lelaki Seberat 3.58 Kilogram

Share

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Julia Ziegler yang telah pun selamat melahirkan cahaya mata keduanya kira-kira jam 4.35 petang Selasa.

Berkongsi berita gembira itu menerusi satu status di IG Stories, bintang filem Jangan Tegur ini juga memaklumkan bayi lelaki yang dilahirkan seberat 3.58 kilogram.

“Alhamdulillah, our baby boy (3.58kg) was safely delivered at 4.35 pm on 07.07.2020,” tulis pemilik nama lengkap Julia Bob Fauzi Ziegler itu.

Julia sebelum itu turut memuat naik sekeping foto sebelum melahirkan.

Sebagai rekod, pelakon berusia 36 tahun itu mendirikan rumah tangga bersama jurutera mekanikal yang dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Anak pertama mereka, Ivana Johan pula kini sudah pun mencecah usia 1 tahun 6 bulan.

Foto: Instagram Julia Ziegler

IKLAN