“Alhamdulillah. Mak Dan Abah Terima Kasih Sentiasa Doakan Angah,”- Nadzmi Adhwa Berjaya Membeli Rumah, Alhamdulillah!

Share

Setiap insan sudah pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman namun bukan mudah untuk memilikinya.

Pelakon Nadzmi Adhwa telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Kongsi Nadzmi, dia telah berjaya membeli rumah impian ketika dia sudah berusia 26 tahun.

“Alhamdulillah. Mak dan Abah terima kasih sentiasa doakan Angah  Salah satu impian saya nak memiliki landed house tercapai  Haritu teman @ardellaryana je beli rumah  harini saya pulak  Weh kita berjiran weh ! Syukur . Pasni kita jiran taman sebelah boleh la kau masakkan untuk aku

“Maklum lah single  Bila kita nak double? Hehe. Thankyou banyak bantu aku from nothing to a little something. Dari kita susah ada 3 ringgit je nak makan. Orang tak panggil berlakon dan macam macam la dugaan.

“Thanks @ardellaryana  Kita tak kaya , kita biasa biasa je 🙏🏻We grew together Insyaallah ! @alwadelhijab @alwadeltailor@imsohotbae @yourmouthwantme@adellroutine_hq,” tulisnya.

Di samping itu, peminat turut memberikan kata ucapan tahniah kepada Nadzmi kerana telah berjaya memiliki rumah idaman.

Untuk rekod, Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Azmi telah dilahirakn pada 6 November 1992.

Foto : Instagram Nadzmi Adhwa

IKLAN