“Alhamdulillah, Kita Menang!”, – Kedah Juara Piala FA 2019, Biar Jasa Jadi Kenangan Kata Janna Nick!

Share

Tahniah Kedah! Menjulang Piala FA untuk kali yang kelima malam tadi, bintang terkenal anak jati kedah, Janna Nick yang turut menjadi saksi kemenangan Lang Merah itu di Stadium Axiata, Bukit Jalil turut memberi apresiasi terhadap pasukan Negeri Jelapang Padi itu.

Pelakon Cari Aku Di Syurga itu turut merakamkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih skuad Kedah atas permainan sukses mereka di perlawanan final.

“Alhamdulillah. Kita menang!,” tulisnya ringkas sambil disusuli dengan tanda palang #pialaFA2019 dan #biarjasajadikenangan.

Lalu menerusi ruangan komen, pelakon itu menerima ribuan komen yang rata-ratanya turut memberi ucapan tahniah dan penghargaan.

Menerusi perlawanan final Piala FA yang memasuki edisi ke-30 itu, Kedah berjaya membenam pasukan Perak, berkesudahan 1-0 menerusi jaringan tunggal pemain muda, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105.

Memetik Bernama, kemenangan pasukan Kedah di hadapan 83,520 penyokong di stadium kebanggaan rakyat Malaysia itu, sekali gus meranapkan impian skuad ‘The Bos Gaurus’ untuk menamatkan penantian 15 tahun merangkul trofi berprestij tersebut selepas kali terakhir mendakapnya pada 2004.

Apa pun, tahniah juga diucapkan buat pasukan Perak yang tidak dinafikan telah mempersembahkan skil permainan yang bukan calang-calang.

Foto: Instagram Janna Nick, Bernama

IKLAN