Alhamdulillah…Kehadiran Anak-Anak Tahfiz Serikan Majlis, Ini Foto Menarik Sekitar Hari Jadi Anak Nora Danish Yang Pertama

Share

Genap setahun kelahiran anak bongsu Nora Danish iaitu Mohamed Neqayl Nedim baru-baru ini, pelakon berkenaan bersama suami telah pun menganjurkan majlis doa selamat dan kesyukuran bersempena dengan ulang tahun si kecil itu yang pertama.

Menariknya, majlis yang serba sederhana tetapi penuh makna itu diserikan dengan kehadiran anak-anak tahfiz bagi memberkati majlis kesyukuran yang diadakan.

“Alhamdullilah. Menyambut kelahiran anak bongsu kami bersama keluarga terdekat & bersama PU favourite kami @pu_hafiz dan anak anak tahfiz nya yang cute.

“Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan untuk doa dan bacaan Al Quran untuk anak kami Mohamed Neqayl.

“Semoga Allah meluaskan lagi rezeki anda semua & mendapat keberkatan dunia akhirat. Amin,” tulis Nora di salah satu posting di Instagram.

Dilangsungkan di kediaman Nora dan suami, jom tatap foto menarik sekitar majlis ulang tahun anak mereka yang lebih sinonim diaebut Ney Ney.

Malah menerusi posting terdahulu, bintang filem Bencinta ini juga turut berkongsi foto dan video saat anaknya itu badu dilahirkan sehingga kini.

Foto: Instagram Nora Danish

IKLAN