Pelakon kelahiran Indonesia, Tya Arifin terharu apabila suaminya, Asyraf Khalid menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24 tepat jam 12 tengah malam tadi.

Menerusi entri yang diletakkan di laman Instagramnya, Tya sempat memberikan ucapan penghargaan buat suaminya itu.

“Terimakasih sayang @asyrafkhalid sudah ngasih my fav cake di jam segini. Alhamdulillah, kamu dan Arif adalah kado terindah berharga di usia ini.

“Uhhh you’re the best! Btw, I’m officially 24th!,” tulisnya.

IKLAN

Wow! Romantik juga ya Asyraf, sama seperti bapanya…patutlah Tya sayang!

IKLAN

Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, ramai netizen memberikan ucapan ulang tahun kelahirannya dengan ucapan ‘Happy Birhday Ibu Muda’.

IKLAN

“Alhamdulillah, Kamu Dan Arif Adalah Kado Terindah…,” – Tya Ariffin “Alhamdulillah, Kamu Dan Arif Adalah Kado Terindah…,” – Tya Ariffin

Pasangan tersebut berkahwin pada tahun 2015 lalu dan dikurniakan seorang anak, Arif Jiwa Asyraf. Si cilik itu juga sebelum ini memenangi kategori Si Cilik Meletop di Anugerah Meletop Era 2018.

Foto/Instagram: Tya Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI