Tahniah diucapkan kepada pelakon Ezlisa Loy yang juga adik kepada Elfira Loy, yang kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Hafiz Azizi dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung indah pada 29 Jun lalu, bertempat di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah we’re officially husband and wife,” tulis Ezlisa ringkas di ruangan kapsyen Instagram miliknya.
Hantaran berkenaan pantas mencuri perhatian warganet apabila meraih lebih 32,000 tanda suka, selain dihujani ucapan tahniah dan doa baik-baik daripada peminat serta rakan selebriti.
Ads
Majlis eksklusif itu turut disaksikan ahli keluarga terdekat, sahabat rapat serta tetamu undangan yang turut berkongsi momen indah pengantin baharu itu menerusi Insta Stories.
Lebih istimewa, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian merdu daripada penyanyi Aina Abdul.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
Namun, tidak semua kisah berakhir dengan indah kerana ada kalanya, pasangan mungkin berubah atau menunjukkan sisi sebenar yang selama ini tersembunyi bila berumah tangga.
Begitulah kisah dalam drama Dia Bukan Syurga, yang menyentuh hati ramai penonton apabila memaparkan penderitaan watak Nuha, isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Suami yang sepatutnya menjadi pelindung, bertindak kejam menjadikan isteri sebagai ‘punching bag’ atas nama cinta.
Isteri yang menderita pula seringkali memilih untuk diam dan memaafkan, kerana percaya suatu hari nanti suaminya akan berubah.
Situasi ini amat dekat dengan realiti masyarakat dan itulah yang cuba disampaikan oleh drama tersebut.
Menurut pelakon utama, Ezzanie Jasny, yang memegang watak Nuha, dia menyedari karakter itu kini menjadi bualan ramai dan turut menerima pelbagai kecaman.
“Ketika ini, ramai yang tak kesiankan saya. Malah, mereka menganggap watak Nuha ini bodoh.
Motif drama ini adalah kami ingin menunjukkan kepada dunia luar bahawa ada hubungan yang toksik dan wanita yang didera secara mental dan fizikal.
“KIta tidak boleh menafikan, lelaki yang sebegitu memang wujud,” katanya kepada MH.
Tambah Ezzanie lagi, dia berharap drama ini dapat membuka mata lebih ramai wanita agar sedar dan bangkit daripada hubungan yang toksik, bukan terus menjadi mangsa tanpa pembelaan.
“Kepada para wanita di luar sana, jika kita berada dalam hubungan yang toksik atau didera, kita kena cari jalan keluar dan penyelesaian.
“Kita tak boleh nak ubah orang lain. Saya tak kisah jika orang nak kata watak yang saya bawakan ini bodoh atau menunjukkan kaum wanita ini lemah.
“Kami mahu orang di luar sana mengambil iktibar dengan kisah ini. Apa yang wajar dibuat jika anda berada di situasi sama,” kongsinya lagi.
Mendukung watak sebagai mangsa dera buat pertama kali dalam kariernya, Ezzanie akui banyak cabaran yang dlilalui, termasuk adegan berat seperti ditampar, dipukul dan ditumbuk.
“Ini merupakan kali pertama saya membawa watak sebagai mangsa dera. Saya teruja dan tak sabar nak tengok apa selanjutnya.
“Watak saya memang agak berat tapi saya dapat bantuan daripada pengarah dan pelakon-pelakon lain.
“Paling berat ketika melakonkan babak dipukul, diheret, ditampar, ditumbuk dan banyak lagi.
“Bagaimanapun, Ia lebih membantu apabila saya juga pernah berada di situasi hubungan yang toksik sebelum ini. Cumanya saya tidak pernah dipukul,” akhirinya.
Jom usha Dia Bukan Syurga, setiap Isnin-Khamis, 10 malam di Astro Ria. Juga boleh ditonton melalui Astro One & sooka.
Naskhah arahan arahan Rashid Sibir terbitan Radius One Sdn. Bhd. ini menampilkan barisan pelakon seperti Nizam Zaidi, Nazim Othman, Sharul Kamal, Syazuwan Hassan dan Dayana Roza.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Ezzanie Jasny
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Irfan Zaini, meluahkan rasa terkejut apabila dimaklumkan salah seorang peminatnya dikatakan telah dipukul hingga berdarah oleh individu lain yang didakwa terlalu fanatik.
Menurut Irfan, insiden tersebut berlaku ketika dia berada di Kuching, Sarawak, dan berpunca daripada rasa cemburu melampau oleh seorang peminat yang tidak senang melihat peminat lain bergambar bersama aktor tersebut.
“Ada kalanya, agak susah kita nak kawal tingkah laku segelintir peminat. Ada di antara mereka yang terlalu sayangkan kita.
“Ada satu momen, ketika saya berada di Kuching, Sarawak, saya ada bergambar dengan seorang peminat.
“Ketika peminat itu pergi ke tandas, ada seorang peminat wanita lain datang lalu memukulnya sehingga berdarah.
“Mangsa ambil gambar dan maklumkan kepada saya di Instagram. Katanya, peminat wanita yang menyerangnya itu ada memberikan amaran bahawa ‘Malik saya punya’. Saya pun agak terkejut,” katanya kepada MH.
Irfan yang turut membintangi filem Blood Brothers: Bara Naga menjelaskan, dia sentiasa memberikan layanan yang adil kepada semua peminat.
Namun kekangan masa kadang-kala menjadi cabaran untuk melayan semua orang secara sama rata.
Mengulas lanjut, Irfan meminta agar peminat lebih rasional dan menjaga batas dalam menunjukkan rasa sayang terhadap selebriti pujaan mereka.
Tindakan agresif bukanlah jalan terbaik untuk mengekspresikan sokongan.
“Saya tak tahu bagaimana nak berikan reaksi. Kalau boleh, janganlah sampai begitu. Saya pun sayang anda semua. Tapi janganlah sampai memukul orang lain.
“Semua peminat sama penting buat saya. Kalau saya bergambar dengan seseorang, tak bermakna mereka lebih penting berbanding yang lain.
“Kalau boleh, saya memang nak berjumpa dengan semua orang tapi tak sempat. Cara saya hargai anda adalah dengan karya-karya saya yang seterusnya,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia tidak bimbang tentang keselamatan dirinya, sebaliknya lebih risau akan keselamatan dan kesihatan para peminat yang sanggup mencederakan diri atau orang lain demi dirinya.
“Saya memang agak risau. Saya risau bukan sebab diri sendiri tapi risau untuk peminat. Janganlah sampai mencederakan diri sendiri. Kesihatan kita lebih penting.
“Saya faham perasaan peminat sebab saya juga ada artis pujaan seperti Vijay. Dapat pula berlakon sekali. Namun, saya kena kekal profesional.
“Jadi, saya harap anda dapat jaga batas. Tak seronok bila jadi hal seperti ini. Kalau anda sayang saya, jangan buat begitu. Saya tak suka,” akhirinya.
Dalam perkembangan terkini, Irfan kini sedang menjalani penggambaran filem Jana Nayagan di India, sebuah karya yang diarahkan oleh ikon filem Tamil terkenal, Vijay.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Irfan Zaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah sekian lama menanti, hasrat pelakon Fizo Omar untuk menimang cahaya mata lelaki akhirnya menjadi kenyataan.
Memerusi perkongsian terkini di laman Instagram, Fizo memaklumkan isterinya, Fazeera Nazri telah selamat melahir cahaya mata lelaki di sebuah hospital swasta pada petang Selasa.
“Bayi lelaki, alhamdulillah. Terima kasih diatas doa semua. Semalam pada jam 5.19 petang, 17 Jun 2025, isteri saya telah pun selamat bersalin secara normal di Andorra Hospital.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52 kg,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon filem Romeo Kota ini turut memanjatkan rasa syukur apabila dia diberi peluang untuk menyambut kelahiran anak lelakinya itu ketika isterinya sedang melahirkan.
“Satu moment yang sangat berharga buat saya sebagai ayah apabila lagi sekali diberi peluang oleh Dr Kam untuk saya menyambut kelahiran dengan menarik sendiri baby keluar dari alam rahim ibunya.
“Masyallah satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan teruja, sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan.
“Syukur rezeki dari Allah. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Datangnya bersama rezeki setiap anak yang dilahirkan dan juga rezeki kebahagian yang melimpah ruah,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Fizo turut memberikan penghargaan buat isterinya yang telah banyak berkorban buat keluarga.
“Kredit untuk wanita hebat iaitu isteri tercinta yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa yg sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Masters di UKM.
“Semoga doa berterusan dari semua, memberi keberkatan di dalam rumah tangga kami, dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun.
Fizo sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Mariam yang kini berusia 8 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Adam Corrie menasihati para wanita di luar sana agar lebih bijak menilai keadaan dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi masalah bersama lelaki bukan mahram, termasuk daripada kalangan artis, influencer dan ustaz.