“Alhamdulillah…,” – Isteri Selamat Bersalin Seorang Lagi Putera Raja, TMJ Timang Cahaya Mata Ketiga

Share

I Pewaris takhta Johor, anakanda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat menerima kelahiran seorang lagi putera raja.

Khabar gembira tersebut dikongsikan menerusi laman Facebook Tengku Mahkota Johor, yang memaklumkan berita gembira, YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang putera.

Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan.

“Alhamdulillah. HH Che Puan Khaleeda safely delivered a Prince. Allah Peliharakan Sultan,” tulis akaun Facebook selain di Instagram. 

Untuk rekod, sebelum ini TMJ dan Che Puan Khaleeda telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Tunku Kalsom Aminah Sofiah dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim.

Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 2014.

Tunku Kalsom Aminah Sofiah Tunku Ismail dilahirkan pada 25 Jun 2016 sementara putera sulung, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail pula dilahirkan pada 14 Oktober 2017.

Foto : Facebook TMJ, Instagram TMJ

IKLAN