Tahniah diucapkan buat Haqiem Rusli dan Siti Nordiana dinobatkan sebagai pemenang kategori utama Top Top MeleTOP Era 2020 (AME 2020), pada Ahad.
Lebih istimewa, Haqiem turut membawa pulang trofi Penyanyi MeleTOP Era menerusi lagu Selamat Tinggal Sayang sementara lagu Lembah Kesepian juga diiktiraf sebagai Lagu MeleTOP Era.
Juara Gegar Vaganza musim ke-2, Siti Nordiana pula kekal disayangi para peminatnya apabila sekali lagi membawa pulang anugerah Top Top MeleTOP 2020 bagi kategori wanita.
Selain itu, penyanyi yang mesra disapa Nana ini jug turut memenangi Anugerah Top Top MeleTOP Grup/Duo bersama Khai Bahar.
“Jujurnya, saya sendiri tidak tahu mengapa saya disayangi sedemikian rupa oleh peminat, alhamdulillah dan bagi saya, ini semuanya rezeki.
”Saya hanya jadi diri-sendiri dan pada masa sama turut menjaga hubungan baik sesama peminat. Kalau boleh, saya mahu jaga hati semua peminat saya,” kata Nana kepada MH.
Menyifatkan penghargaan peminat sebagai satu hadiah teristimewa, Nana mengakui mereka hadir dari pelbagai situasi.
“Ada yang sudah ikuti perkembangan saya sebelum saya sertai GV lagi, ada yang mula minat sejurus saya tamat program tersebut.
“Malah, ada juga yang mula mendekatkan diri selepas saya terlibat dalam lakonan dan sebagainya. Lalu mereka kekal menyokong sehingga sekarang. Terima kasih,” katanya lagi.
Sementara itu, Syafiq Kyle tahun ini membawa pulang dua anugerah iaitu Fesyen MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP.
Ads
Kali ini, AME 2020 memperkenalkan dua anugerah khas yang didedikasikan kepada dua figura yang penting di negara kini, dalam situasi semasa pandemik Covid 19.
Anugerah Khas MeleTOP 2020 diberikan kepada Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Ebit Lew pula dianugerahkan dengan anugerah Anugerah Wira MeleTOP. Masing-masing turut disertakan dengan wang tunai RM10,000.
Bagi setiap kategori pula, pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan kategori utama iaitu Top Top MeleTOP menerima hadiah RM10,000 berserta trofi dalam anugerah yang mengangkat tema Yang Epik Yang Legend ini.
AME2020 pertama kali dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan, berlangsung dalam norma baharu yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Razak bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selain pemenang, penonton turut diserikan dengan persembahan daripada Anuar Zain, Noraniza Idris, Shiha Zikir, Misha Omar, kumpulan Floor 88 dan ramai lagi.
Berikut senarai penuh pemenang AME 2020:
Top Top MeleTOP Grup/Duo : Khai Bahar & Siti Nordiana
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mendedahkan dirinya ada membuat panggilan video untuk menghubungi sahabatnya yang juga penyanyi dan pengacara, Alif Satar yang ketika ini sedang menjalani tempoh rawatan Covid-19 di Hospital Besar Negeri Melaka.
Menerusi perkongsian tersebut, Zizan dilihat memberikan kata-kata semangat buat Alif yang kini sudah pun hampir 12 hari ditahan di hospital.
Menurut Zizan, dia berharap agar Alif dapat sentiasa berfikiran positif dan tidak terlalu mengambil pusing mengenai cakap-cakap orang lain.
“Banyak sangat baca pun buat kita serabut juga. Aku tahu kau sihat je. Aku tahu tahap imunisasi kau okay sebab kau orang sukan.
“Kau jangan ikut perasaan yang buat kau susah hati. Kadang-kadang perasaan tu yang buat kau lagi sakit. Aku nak kau okay je,” katanya memerusi panggilan video tersebut.
Di ruangan kapsyen, pelakon filem Polis Evo itu turut menyeru orang ramai supaya minitipkan doa buat Alif serta ahli keluarganya yang lain agar segera sembuh daripada wabak Covid-19 ini.
“Sama sama kita doakan semoga @alifsatar cepat sembuh dan negative result nya untuk next swab secepat mungkin.
“Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin InshAllah amin,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sayu melihat perkongsian tersebut.
Terdahulu, Alif mula disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu, sehari selepas dia membuat persembahan di semi final Muzik Muzik 35 (SFMM).
Sumber: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rap, Tuju mengakui dirinya pernah berasa kecewa apabila ada yang menganggap perjalanan kerjaya muziknya seperti tiada masa depan.
Bagaimanapun, Tuju yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique itu mendedahkan kata-kata tersebut tidak pernah melunturkan keazamannya sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk dia terus mencipta nama di dalam industri seni tanah air.
“Muzik Tiada Masa Depan” tak boleh jadi kerjaya. Aku down, bila dengar perkataan ini keluar dari mulut orang, kepada yang di luar sana, yang melihat ini teruskan mengejar cita cita kamu ! Tiada yang tidak boleh. Lebihkan usaha doa kita peroleh,” tulisnya.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Tuju berharap agar kisahnya itu dapat menjadi ikutan dan teladan buat sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.
“Apa yang aku boleh buat, aku spark semua orang champ di landasan hidup mereka sendiri, jatuh sakit macam mana pun, kita boleh.
“Tiada masalah di dunia ni yang tidak boleh di selesaikan, kecuali? Mati – GNELLO K-CLIQUE @siddekjasni kata semangat dari sahabatku,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa bangga selain mendoakan semoga Tuju akan terus sukses pada masa depan.
Dalam perkembangan lain, Tuju ketika muncul dalam program MeleTOP pada 24 November lalu mengumumkan isterinya, Loca B sudah pun selamat melahirkan bayi mereka dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...