“Alhamdulillah, I Love You,” – Sah Bergelar Isteri, Instagram Hannah Delisha Dihujani Ucapan Tahniah, Selamat Pengantin Baru!

Share

Pelakon Hannah Delisha mengejutkan ramai apabila memuat naik dua keping foto yang merakamkan dirinya mengenakan baju nikah bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Imam Shah.

Menerusi ruangan kapsyen yang dikongsikan bintang ini lebih sejam lalu, dia menzahirkan rasa syukur selepas lima tahun menjalin hubungan.

“Finally, after 5 years. Alhamdullilah. I love you @imamemy #imampadahannah,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut sekali gus menarik perhatian wargamaya dan rata-ratanya memberikan ucapan tahniah buat pasangan sama cantik sama padan itu.

Sementara itu menerusi satu hantaran terkini di Instagram Shah pula, dia turut memuat naik momen indah saat diijabkabul.

“It’s always you. In the name of the Most Gracious, Most Merciful. I love you @hannahdelisha #imampadahannah, ” tulisnya pula.

IKLAN