“Alhamdulillah, I Love This Picture,” -Bertelekung, Instagram Marion Caunter Dihujani Reaksi Positif, Ramai Yang Suka

Share

Satu perkongsian foto daripada sosialit terkenal, Marion Caunter mencuri perhatian ramai selepas ibu cantik beranak dua itu memuat naik foto dirinya memakai telekung di Instgaram.

Diapit oleh kedua-dua puterinya bersama ciuman di pipi, momen Marion yang dirakam tersenyum secara kandid itu nyata mendapat respon pelbagai daripada para pengikutnya.

“Little blessings,” tulis Marion ringkas pada ruangan kapsyen.

Kebanyakan daripada mereka meninggalkan emoji berbentuk hati selain menitipkan titipan positif.

“Alhamdulillah,” ucap kebanyakan warganet.

“Ya Allah comelnya girls. Such a precious capture,” tulis pengikut lain pula.

“Alhamdulillah, i love this picture,” komen seorang lagi warganet.

Malah, rakan artis turut sama memberikan reaksi seperti Fazura dan Puan Seri Tiara Jacquelina

.

Sebagai informasi, Marion mendirikan rumah tangga dengan usahawan berjaya, SM Nasimuddin pada Disember 2010.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan sama cantik sama padan itu dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Leia Rose, Lana Rose dan Liam Naza Nasarudin.

Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun mendapat lebih 20,000 tanda suka.

Foto: Instagram Marion Caunter

IKLAN