Satu perkongsian foto daripada sosialit terkenal, Marion Caunter mencuri perhatian ramai selepas ibu cantik beranak dua itu memuat naik foto dirinya memakai telekung di Instgaram.
Diapit oleh kedua-dua puterinya bersama ciuman di pipi, momen Marion yang dirakam tersenyum secara kandid itu nyata mendapat respon pelbagai daripada para pengikutnya.
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mendedahkan dia sebenarnya sudah pun mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan buat kali pertama sebagai seorang isteri.
Jelas Mira, tugas dan tanggungjawabnya kini boleh disifatkan amat berbeza jika ingin dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.
“Tahun pertama berpuasa, sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari tu dah macam macam fikir.
“Dalam kepala dah set ‘Oh mesti nanti bulan puasa banyak benda nak kena buat. Tak ada dah bangun bangun sahur terus makan Mak dah siap hidang, tak ada nanti nak berbuka tolong-tolong kacau gulai je sambil teman Mak masak. (Teman eh, bukan masak tau teman je.) Dah lain dah nanti tanggungjawab dan tugas’.
“Nak fikir sahur apa, nak fikir berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa masakan (masak before berbuka, LOL. Kita pulakk sejenis setiap kali masak tu rasa sampai 3, 4 kali baru confident. Macam macam lahh. Preparation nii,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Nona itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun, setelah melihat jadual kerjanya sepanjang bulan Ramadan ini, Mira mendedahkan dia hanya mempunyai beberapa hari cuti sahaja untuk berbuka puasa serta sahur bersama suami dan juga ahli keluarga yang lain.
“Tengok tengok, jadual shooting dah anjak masuk sampai akhir puasa. 🥲 (disebabkan MCO hari tu. bukan salah sesiapa) Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak @faeezahisan, Abah, keluarga lain, Atuk dgn Opah lagi lah.
“Hmmm tak dapat balik kampung. Kita outstation pula tu. Hmmmm..Tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yg betul,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Mira turut dilihat menitipkan ucapan maaf buat suaminya itu kerana berkemungkinan besar jdia arang berada di rumah sepanjang bulan Ramadan ini.
“Sorry Sayang i, @wanemirastar. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.
“AND, congratulations for your new app! KORANG, boleh download app yang Emir baru sahaja usahakan, ‘Tarteel’!
“Aplikasi bacaan dan hafalan Al-Quran yang dinamakan Tarteel, powered by voice recognition and ‘AI Machine Learning’ to help improve and assist our memorization.
“Mana tahu ada target nk hafal surah-surah baru utk Ramadhan tahun ini, haa download and try okay! Selamat berpuasa semua,” katanya lagi.
Terdahulu, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 Ogos 2020 setelah hampir setahun menyulam cinta.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Eleena Sui meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan dirinya kini telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tanggal 25 Mac lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Jelas Eleena, pada mulanya dia sendiri tidak menyangka kandungannya itu akan lahir lebih awal daripada tarikh yang telah dijadualkan kerana beranggapan dia hanya mengalami sakit perut biasa.
“Syukur Alhamdulillah diatas amanah ini Ya Allah. Just a week ago, our life has changed. We became parents. Baby EA selamat dilahirkan pada 25 March 2021 (37weeks) jam 12:56 tengah hari di Gleneagles.
“After one whole night tahan sakit sebab I thought its only stomachache and rupa rupanya baby EA dah tak sabar nak jumpa semua orang. Sepatutnya my EDD is on the first day of ramadhan nanti.
“Apa apa pun I’d like to sincerely thank Dr Tan (O&G) and his team for the smooth sailing delivery process. Coolest O&G I’ve ever met,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram.
Eleena turut menambah, buat masa ini, dia akan berehat dahulu buat sementara waktu daripada segala aktiviti bagi memberikan lebih fokus terhadap bayinya itu.
Bagaimanapun, sehingga kini, Eleena dan suami dilihat masih lagi belum mendedahkan jantina dan nama anaknya itu yang kini hanya dikenali dengan panggilan Baby EA.
“So far Eleena nak focus pada recovery process dan enjoy my time with baby EA. Thank you to those yang hantar hadiah to baby EA, baby EA loves it! Thank you for the well wishes too.
“Eleena doakan untuk pasangan yang masih menanti zuriat, agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, yang penting jangan putus asa dan terus mencuba, tak kira apa cara sekali pun,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, bekas pengacara Hlive ini turut meluahkan rasa lega kerana dapat berkongsi momen bersejarah ini bersama suaminya yang sebelum itu sedang berkerja di Sudan.
“As for myself, this is the greatest gift Allah swt bless us with setelah 4 tahun bersama Faisya. My biggest fear was will I be alone during labour sebab Faisya still posting in Sudan.
“Ultimately I’m so glad that he made it just in time and be by my side during the labour,” katanya lagi.
Terdahulu, Eleena dan suaminya, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustamam mendirikan rumah tangga pada tanggal 4 Februari 2017.
Sumber: Instagram Eleena Sui
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah kesilapan seorang muazin di salah sebuah masjid di Batu Cave, Selangor yang telah melaungkan azan Magrib tiga minit lebih awal gara-gara kesilapan teknikal pada paparan digital waktu azan.
Perkara berkenaan nyata telah menimbulkan keraguan ramai pihak sehingga ada yang mengatakan sesiapa sahaja yang berbuka puasa mengikut laungan azan tersebut, puasa mereka telah terbatal dan wajib diganti.
Berbeza pula bagi penyanyi, Yasin Sulaiman apabila dia menjelaskan puasa berkenaan adalah sah kerana kesilapan tersebut berpunca daripada muazin dan bukannya para kariah.
“MASJID TERSILAP LAUNG AZAN MAGHRIB AWAL, ADAKAH PUASA AHLI KARIAH TERBATAL? Puasa mereka sah, tidak terbatal.
“Mereka telah berbuka puasa kerana meyakini bahawa waktu Maghrib sudah masuk berdasarkan azan yang dilaungkan di masjid.
“Sekalipun ternyata azan tersebut dilaungkan beberapa minit awal sebelum masuk waktu tetapi realitinya ini merupakan kesilapan daripada muazin; bukan kesilapan ahli kariah.
“Justeru mengapa pula ahli kariah perlu dibebankan atas kesilapan muazin?,” tulisnya.
Kenyantaan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Nur Kasih itu menerusi ruangan Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Yasin turut berharap agar kesilapan seperti ini tidak berulang lagi bagi mengelakkan keraguan di hati ramai pihak.
“Ini kerana akhirnya satu persoalan yang perlu dijelaskan dalam hal ini iaitu adakah azan yang dilaungkan di masjid boleh dipercayai dan dijadikan panduan dalam berbuka puasa atau tidak? Tentu sahaja boleh, jika tidak maka buat apa azan dilaungkan?
“Sekiranya dibuka ruang keraguan dalam hal ini, natijahnya setiap kali azan masjid dilaungkan maka ia tidak membawa apa-apa erti kerana ahli kariah masih perlu memastikan ketetapan waktunya terlebih dahulu. Ini jelas batil,” katanya lagi.
Meninjau di rungan komen, rata-rata netizen turut senada dengan Yasin selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas pencerahan tersebut.
Dalam perkembangan lain, Yasin baru sahaja melancarkan lagu terbarunya berjudul Can You See The Light yang juga merupakan lagu rasmi bagi aplikasi The Noor yang dikendalikan oleh pengacara dan usahawan popular, Neelofa.
Sumber: Instagram Yasin Sulaiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shiha Zikir sekali lagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini apabila tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya.
Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi antara...