“Alhamdulillah, Hari Ini…,” – Lengkap Sepasang! Shukri Yahaya, Isteri Selamat Timang Anak Lelaki

Share

Pelakon Shukri Yahaya telah selamat menimang cahaya mata keduanya, sebentar tadi.

Berkongsi berita gembira itu menerusi satu posting di Instagram, bintang 7 Hari Mencintaiku 2 itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan bayi dan isterinya, Tya Adnan.

“Alhamdulillah, harini Isnin 20/7/20, jam 2.18pm lahirlah adik lelaki @aairaameena.

“Tq pada Uncles & Unties yang doa untuk kesihatan, keselamatan Mommy @tyaadnan and newborn baby ni, Harap allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yg mendoakan, amin,” tulisnya.

Malah, sepotong video pendek yang merakamkan sisi wajah permata hatinya itu turut menjadi perhatian wargamaya.

Shukri yang mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada 2015 telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena, yang kini berusia empat tahun.

Foto: Instagram Shukri Yahaya

 

IKLAN