“Alhamdulillah,” – Fakhrul Unic Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga Seberat 3.66Kg

Share

Fakhrul Unic telah berkongsi perkhabaran gembira telah selamat menerima kehadiran cahaya mata ketiga.

Tulisnya di laman Instagram, puteranya itu dilahirkan pada jam 3.10 petang pada 2 Disember, seberat 3.66 kilogram.

Menurut penyanyi nasyid ini lagi, bayi comel ini bakal diberi nama pada hari ketujuh kelahiran.

“2/12/2019 jam 3.10 pm, Alhamdulillah kakak pada adik ipar sy iaitu isteri sy telah selamat melahirkan baby boy 3.66 kg..sado bukan?

Sila save date tu, sbb baby nak hadiah banyak2.

“Anak dan isteri kedua2nya selamat. Tq doktor dan nurse hospital sungai buloh..Tq ats doa semua. .

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakan padaku anak dari kalangan orang-orang yang solih” (as-soffaat : 100)

#adikmuqriwaffa #newborn #alhamdulillah,” kongsinya.

Muat turun terbaru juga menunjukkan sekeping rakaman dia sedang mengalunkan bacaan suci Al-Quran buat si kecil.

Tahniah buat Fakhrul dan isteri.

Foto : Instagram Fakhrul Unic

IKLAN