Alhamdulillah… Elizad Sharifudin Isi Masa Dengan Al-Quran Saat Tempoh PKP, Berjaya Khatam

Share

Pelakon, Elizad Sharifuddin memaklumkan dirinya mengisi masa dengan membaca kitab suci Al-Quran sepanjang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki fasa ketiga.

Kongsi Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Sharifuddin ini, dia meluahkan rasa gembira apabila berpeluang untuk khatam Quran.

Di samping itu, pelakon berusia 37 tahun ini turut mengharapkan ramadan tahun ini diberi rahmat dan kesihatan yang baik buat seluruh umat Islam

“Alhamdullillah , I got a chance to Khatam Quran mlm ni during PKP . Inshaallah esok boleh mula yg baru utk Ramadhan tahun ni .

“Aaaaa , mcm x percaya lusa dah nak puasa . May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good health & wealth . ,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memberi ucapan salam ramadan kepada Elizad sekeluarga.

Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Foto: Instagram Elizad Sharifuddin

IKLAN