“Alhamdulillah ‘Case’ Sha Dan Bekas Suami Dah Selesai…,” – Shila Amzah

Share

Selepas kira-kira empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Shila Amzah mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan Haris Idraki Elias.

Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi yang sinonim menerusi lagu Memori Tercipta ini di dalam satu hantaran di Instagram.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 31, bersyukur selepas urusan perceraiannya bersama bekas suami selesai dan berjalan lancar.

“Alhamdulillah, case Sha dan bekas suami dah selesai tadi. Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth sampai bila-bila.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang disusuli dengan emoji hati.

Terdahulu pada Disember tahun lalu, Shila memaklumkan dia sudah memfailkan perceraian dari suaminya, Haris Idraki.

Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini mencecah usia setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN