Alhamdulillah… Bella Astillah Dedah Bakal Dapat ’Baby Girl’, InsyaAllah Bakal Bersalin Julai Ini

Share

Bella Astillah berkongsi khabar gembira di Insta Story apabila dia bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.

Pengumuman istimewa itu juga dilakukan menerusi IG Live bersama suami, Alif Aziz yang turut disaksikan ahli keluarga lainnya.

Alif dan keluarganya nyata tidak mampu menahan keterujaan apabila belon yang diletupkan mengeluarkan potongan kertas berwarna merah jambu.

Malah Bella turut kelihatan sebak sebaik belon dipecahkan.

Pendedahan jantina sengaja dilakukan secara langsung berikutan pasangan ini tinggal berasingan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyanyi itu kini di Singapura bersama keluarganya manakala Bella tinggal bersama adiknya, Didi Astillah.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini kemudian bercerai pada Mei tahun lalu namun rujuk semula sewaktu masih dalam edah.

Foto : Instagram Bella Astillah

IKLAN