Pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menyifatkan adegan mesra, peluk dan babak ‘berguling-guling’ yang dilakonkan mereka menerusi filem terbaru berjudul Sabda Kekasih bukanlah isu yang perlu diperbesarkan.
Di dalam salah satu babak filem tersebut, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari,32, yang mendukung watak sebagai Bukhari Muslim dilihat memeluk mesra kekasihnya Kasih Murni (lakonan Wawa) yang bertudung labuh walaupun mereka belum bernikah.
“Saya tahu watak pasangan kekasih dalam filem Sabda Kekasih ada pegang-pegang dan peluk walaupun belum berkahwin. Bagi saya, orang dah tahu kami memang suami isteri. Tapi tak perlulah menjadi ikutan di luar sana.
“Hakikatnya memang macam tu kan sesetengah orang di luar sana. Cuma perkara itu (tidak jaga batas) janganlah dijadikan ikutan.
“Tapi bagi saya, waktu inilah (ketika shooting filem) saya boleh pegang perempuan, sebab saya tidak pegang atau bersentuhan dengan perempuan lain sebelum ini,” seloroh Aeril.
Dia pada masa sama turut mengakui dirinya lebih mudah dan selesa apabila berlakon dengan isteri sendiri.
Bagaimanapun, Aeril tetap mengkritik isterinya kerana mahukan yang terbaik.
“Dari segi pergerakan badan, ia agak senang kerana kami suami isteri. Namun saya melihat lakonan Wawa dari sudut pandangan seorang penonton. Dia pun dah lama tak berlakon.
“Jadi, biasanya kami ‘bergaduh’ juga di lokasi penggambaran tapi tak adalah bawa ke rumah. Pasal kerja sajalah. Memang perangai saya suka cari salah dia dalam kerja kerana mahukan yang terbaik,” katanya lagi.
Filem Sabda Kekasih, projek filem pertama bawah syarikat produksi Respected Citizen Production Sdn Bhd dimiliki oleh Aeril dan Wawa.
Ia merupakan sebuah kisah romantik tragedi yang bermula dengan kisah seorang pemuzik jalanan bernama Bukhari yang mengubah kejahilan dirinya hanya kerana Cinta seorang gadis iaitu Kasih Murni.
Namun berlaku tragedi yang tidak diingini pada hari pertunangan mereka yang menyebabkan kesengsaraan yang dialami oleh pasangan kekasih ini.
‘Kekurangan bukan kedaifan, kelebihan bukan kemuliaan’ ini mengangkat erti sebenar penerimaan cinta bukan hanya pada zahir semata-mata.
Filem yang menelan kos kira-kira RM 1 juta arahan Azhari Zain itu menjalani penggambaran selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan, tahun lalu.
Tayangan filem Sabda Kekasih bermula sejak 24 Jun 2021 lalu di Saluran Astro First 480.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nabila Huda akhirnya membelikan sebuah iPad buat anaknya, Keisha Laila bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-11.
Meski cuba untuk mendidik anaknya itu agar berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatkan, namun Nabila yang mesra disapa Abil memilih untuk membahagiakan anaknya, sejurus sihat selepas disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.
Dalam kapsyen video IG TV, Nabila menjelaskan anaknya berusaha mengumpul wang demi mendapatkan gajet berkenaan.
“Actually early this year kalau tak silap keisha cakap dia nak kumpul duit beli ipad pro sebab dia tau mummy dia takkan beli kan.
“Abil penah cerita before this i memang takkan spend beli barang untuk keisha kalau dia nak, dia kena usaha.
“So dia usaha kumpul duit yang dia dapat dari mummy, abi or our family. Dan duit gaji dia everytime dia teman mummy pergi kerja jadi asst. Setiap bulan dia akan bagitau jumlah yang dia dah kumpul.
“Abi dia pinjam duit pun dia mintak bayar balik sbb nak beli ipad,” tulisnya.
Melihat kesungguhan Keisha, bintang drama bersiri Diva Popular ini meluahkan bangga selepas melihat anak perempuannya itu tidak patah semangat mengumpul wang.
Lalu, aktres berusia 36 tahun ini telah menghadiahkan tablet seperti yang diinginkan oleh anaknya.
“Latest one dia cakap dia dah kumpul dalam tabung rm450. Dia cakap lagi sikit je dah boleh beli. Sikit apa keisha. 2024 baru dapat beli anak ku!haha!
“I am proud as a mother bila tengok effort dan usaha dia nak kan sesuatu tanpa mintak kat abil.
“Tak pernah dia merengek nak something dari kecik. Pastu masa birthday dia hari tu dia kata tahun ni special sebab her birthday on 11 may and she turns 11. Dia nak celebrate dengan mummy but mummy positive covid.
“I know deep inside her heart dia sedih tapi dia relax je. Then masa quarantine tu i decided untuk beli online ipad tu. Whatever makes her happy
“Tapi sebelum happy kena la marah dulu kan? Sorry @lilkupukupu , You just got punked!,” tulisnya lagi.
Menerusi rancangan bual bicara Wanita Hari Ini Ekstra di TV3, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad telah menerima kejutan istimewa apabila pihak produksi telah menghubungi isterinya, Elena Hani Eleas, secara siaran langsung pada Sabtu.
Difahamkan, kejutan istimewa itu dibuat bersempena dengan sambutan Hari Bapa Sedunia yang diraikan pada tanggal 20 Jun setiap tahun, hari ini.
Di awal perbualan, rakan pengacara Hawa Rizwana Redzuan ada memberitahu kepada penonton mengenai perwatakan Fahrin yang disifatkan sebagai seorang yang periang dan mesra dengan rakan sekerja.
Lalu, isteri tersayang turut sama telah mendedahkan sikap dan perwatakan suaminya itu bersama penonton.
“Itu memang karakter dia, suka mengusik dan menyakat orang lain. Jadi apa yang dia buat dekat luar sama sahaja dekat rumah, dia memang suka mengusik saya dan juga anak. Malah, dengan mak dia dan mak mertua pun dia macam tu juga.
“Dengan anak, dia tak garang langsung tapi dia tegas dan dia bukan jenis garang yang marah-marah. Ada ketikanya dia akan bertegas,” katanya.
Dalam pada itu, Elena turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki Fahrin sebagai suami kerana sifatnya yang bertanggungjawab terhadap rumah tangga.
“Saya sangat bersyukur sebab daripada mula kahwin sampai sekarang dia adalah seorang bapa yang ambil berat dalam soal hal rumah tangga. Dia tahu tanggungjawab dia dalam rumah tangga, kebajikan kepada anak.
“Jadi saya nak ucapkan selamat hari Ayah kepada awak dan terima kasih kerana telah menjaga saya dan anak dengan baik. Semoga Allah memberkati, merahmati awak dan keluarga kita. Semoga bahagia selama-lamanya,” akhiri Elena.
Imbas kembali, Fahrin mendirikan rumah tangga bersama Elena pada 9 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalifa Fahrel, 5 tahun.
Foto: Instagram Fahrin Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...