Menerusi laman Instagram Tajul Ariff, penyanyi ini memaklumkan isterinya telah selamat bersalin anak perempuan pada 16 November pada jam 11.56 tengahari.
Tajul turut berkongsi nama bayi perempuannya ialah Adriana Carissa.
“Yeahh! Alhamdulillah anak daddy ADRIANA CARISSA @adrianacarissa_ selamat dilahirkan pda 16 November mlm tdi jam 11:56.
Ads
“kite lanje gambar dia skit, nti dia dh besar. Baru boleh tunjuk muka dia okay. Tq smua yg mendoakan, i love you so much sygg @icaaeddie #anakdaddyandmummy #manjedaddy,” kongsinya.
Tidak kekok berkongsi petua kecantikan mengenai penjagaan dan kesihatan mata, pelakon Mawar Rashid mendedahkan penjagaan mata yang efektif dan berkesan.
Kongsi Mawar menerusi Youtube Channel, mata memainkan peranan penting kerana ia merupakan aset utama di bahagian muka.
“Mawar nak kongsi perkara paling penting iaitu mata, kerana mata merupakan satu aset yang penting bagi setiap manusia.
“Bak kata pepatah “cinta pandang pertama”, sebab itu dari mata turunnya ke hati.
“Bawah mata kita merupakan kulit lima kali ganda lebih nipis daripada kulit kita yang biasa. Bahagian itu juga tidak mempunyai pori-pori untuk mengeluarkan minyak.
“Jadi bayangkan kalau setiap hari kita kelip mata, otot mata kita bergerak setiap masa,” kongsi Mawar dengan menggunakan loghat Kelantan.
Dalam pada itu, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan itu juga menyarankan penggunaan krim bagi penjagaan bahagian bawah mata yang sihat.
“Mawar nak kongsikan kepada anda semua untuk menggunakan eye cream. Jangan pandang remeh kerana eye cream boleh membantu melembapkan bahagian bawah mata dan dapat mengelakkan mata menjadi sembab.
“Anda juga boleh beli alat urutan (massage) bagi membantu pengaliran darah berjalan lancar. Kita nak kulit sihat dan natural beauty,” kongsi Mawar.
Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan loghat yang disampaikan pemilik nama penuh Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid itu.
Pelakon, Reen Rahim, berkongsi rasa dan pendapatnya terhadap trend drama masa kini yang didakwa banyak mengetengahkan jalan cerita yang seakan merendahkan martabat wanita.