“Alhamdulillah 7 Bulan Dah,” – Sedondon Baju Putih Dengan Suami, Ain Edruce Kongsi Perkembangan Kehamilan Anak Sulung

Share

Pelakon dan hos, Ain Edruce memuat naik beberapa foto terkininya yang dirakam bersama suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 28, di Instagram.

Menerusi perkongsian foto bermakna hasil bidikan lensa Fillea Studio itu, bintang berusia 29 tahun itu turut menyatakan usia kehamilannya kini susah pun memasuki bulan ketujuh.

“Betul lah orang kata best moments happen when they are unplanned. Alhamdulillah. 7 months dah.

“Thank you semua yang mendoakan. Having a loving husband is a blessed. Yang korang nmpk yang happy je.. yang emo2 mirul je tahan. Hahaha. Love you daddy.

“Thank you @fillea_studio sbb sudi amik gamba kiteorg. Tunang pun dia, sampai mengandung pun dia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Dia dan suami kelihatan romantis sambil mengenakan persalinan putih sedondon.

Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat turut menitipkan ucapan istimewa buat pasangan terbabit.

Untuk rekod, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2019.

Foto: Instagram Ain Edruce

IKLAN