Pelakon Meerqeen bersyukur gembira apabila berada sebaris sebagai antara 100 Lelaki Terkacak Dunia 2022 oleh TC Candler.
Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, berkata, dia tidak menyangka rezeki yang diterimanya dalam kerjaya.
“Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah dengan apa yang sedang dinikmati hari ini. Berada dalam senarai 100 pun sudah membuatkan saya gembira dan berterima kasih kerana kehadiran saya dalam industri seni kian disedari.
“Alhamdulilah Saya Bersyukur Kepada Allah…,” – Antara 100 Lelaki Terkacak, Ini Ulas Meerqeen
Ads
“Sebagai lelaki, saya berterima kasih kepada TC Candler yang mengiktiraf saya antara 100 Lelaki Terkacak 2022 di dunia,” katanya.
Meerqeen turut terharu atas sokongan peminat yang tidak putus-putus menyokong meski dia masih baru dalam industri seni.
Ads
“Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada saya sejak mula menceburi bidang seni. Tanpa semua, siapalah saya.
“Semoga pengiktirafan ini akan memberikan lebih semangat kepada saya untuk bekerja dengan lebih keras pada masa hadapan,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Anna Jobling yang menjadi heroinnya menerusi drama Melur Untuk Firdaus turut tercalon di dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2022kategori lelaki.
Selain Meerqeen, turut berada di dalam pencalonan sama ialah Tom Hardy, Suga BTS, Charlie Puth, Jason Momoa dan ramai lagi.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas beberapa selebriti memberikan pandangan terhadap politik semasa negara, kini giliran penyanyi, Sufian Suhaimi menerusi Twitter menempelak isu video lucah yang tersebar melibatkab seorang individu yang dikenali sebagai Haziq Aziz bersama seorang lelaki yang dikatakan mirip seorang menteri kabinet.
Kongsi bintang berusia Sufian 27 tahun itu, golongan muda mahu melihat pihak kerajaan atau lawan dalam membangunkan negara, bukan hal sebaliknya.
Boring lah politik lucah. Orang muda nak tengok apa yang kerajaan/pembangkang boleh bagi pada negara, rakyat untuk lebih maju. Bukan siapa main dengan siapa. Dah separuh 2019, kita ketinggalan dalam banyak perkara.
“Boringlah politik lucah. Orang muda nak tengok apa yang kerajaan/pembangkang boleh bagi pada negara, rakyat untuk lebih maju.
“Bukan siapa main dengan siapa. Dah separuh 2019, kita ketinggalan dalam banyak perkara,” tulisnya sambil disusuli dengan komen pengguna Twitter lainnya.
Rata-rata dilihat turut berkongsi hujah masing-masing.
Sehingga kini, posting dari penyanyi Di Matamu itu sudah pun mendapat hampir 10,000 tanda suka.
Foto: Instagram/Twitter Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebut sahaja mengenai Datuk Seri Aliff Syukri, ada sajalah kisah yang menarik perhatian ramai. Terbaru, penyanyi lagu Bobo Di Mana ini sekali lagi ‘memancing’ mata ramai apabila dia mengakui berhabis ratusan ribu ringgu dalam masa satu jam saat membeli-belah di sebuah butik mewah.
Aliff bersama keluarganya kini sedang berliburan di Sydney, Australia.
Menerusi video tersebut, dapat disaksikan Aliff gigih memilih item yang mahu dibeli, selain turut ditegur juru jual supaya tidak merakam sesi membeli-belah berkenaan.
“Habis duit aku sejam rm200k. Maaf abg saya janji pari2 saya tak rekod lagi. Apa pun sy akan lena tido malam ni sbb kasut sy yg saya cari 3negara akhirya jumpa di sinI.
“Kasut limited lv kini sy juga. Nanti saya pakai masa time meeting @as.legacymalaysia okey smua dan sy akan belikan korang hadiah jugaa tunggu,” tulisnya.
Video tersebut kini sudah pun ditonton lebih 20,000 kali bersama ratusan komen dari netizen yang rata-ratanya terkejut mendengar amaun yang dihabiskan pengasas kosmetik berkenaan ketika membeli-belah.
Pada masa sama, Aliff turut meminta pandangan daripada para pengikutnya mengenai stail salah satu kasut yang mahu dibelinya.
Bagaikan tidak putus-putus ahli perniagaan terkenal,Nur Sajat mendapat kecaman, kritikan dan teguran dari netizen berhubung nama dan jantina sebenarnya itu.
Lantas, Sajat telah mengadu kepada ibu bapanya mengenai perkara tersebut dan memuat naik video di akaun Instagrammya.
“Saya memang rapat dengan keluarga!!! apa masalah sekali pun,saya tetap mengadu kat mak ayah saya..orang luar tak kan faham apa kita rasa..hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia..bukan wartawan,bukan orang luar,ini mak saya,mak yg melahirkan anak nya..mak saya tahu saya siapa..mak saya kata saya khunsa! saya sedih orang dok hina hina saya..bukan saya nak jadi macam ini..
Siapa nak di lahirkan serba kekurangan ..alhamduillah keluarga saya dan adik beradik saya sentiasa bersama saya bila berlaku mcm ini,keluarga tetap support saya..biar lah orang hina kita,keji kita,bercakap macam2 pasal kita..mereka kenal kita dia media sahaja,bukan dia tahu sajat siapa!! takpe sajat,mak ayah ada..orang nak kata apa,kata lah..yang penting mak ayah saya tahu saya siapa…,”tulis Sajat di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu,Sajat turut berterima kasih kepada ibu bapanya yang sentiasa ada bersamanya dalam waktu susah dan senang.
“Terima kasih mak ayah sbb sllu ada masa sajat tgh down.. keluarga ttp bersama dgn kita.. yg baik dtg dr Allah,yg jahat dtg dr kita.. jgn sesekali menghina.. tegur dgn cara kasih sayang,” tulisnya lagi.
Video tersebut memaparkan aksi Sajat yang mengadu manja kepada ibunya yang sedang memotong cili di dapur.
Susulan itu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap aksi ketiga-tiga beranak itu.
Video tersebut kini sudah mendapat hampir setengah juta tontonan yang dimuat naik tiga jam lalu.
Video : Instagram Nur Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!