“Alhamdulilah… No Caption… Just Sad… Thank You Allah,” – Fizz Fairuz Kongsi Video Almy Nadia Bertudung, Ramai Doa Moga Istiqamah

Share

Aktor Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa syukur selepas memuat naik rakaman video kandid yang memaparkan isterinya, Datin Almy Nadia yang kini dilihat ayu bertudung litup.

Menerusi Instagram, Fizz menulis kapsyen ringkas yang sekaligus menggambarkan perasaan syukur dan sebaknya.

“Alhamdulilah…no caption…just sad…thank you Allah,” tulis Fizz ringkas.

Selain merakamkan penampilan manis Almy, video sama turut memaparkan aksi kandid anak-anak mereka saat mengisi masa di Legoland.

Pada masa sama, perkongsian berkenaan yang dibuat Fizz baru-baru ini itu turut menarik perhatian pengikutnya yang mendoakan semoga Almy istiqamah.

Almy sebelum ini ada memuat naik fotonya mengenakan tudung namun dia dan suami belum mengulas perkara tersebut lebih lanjut.

Untuk rekod, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 3, dan Nur Afrina Aisyah kurang setahun serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

 

IKLAN