Ads

“Alhamdulilah Jika Ada Yang Suka Lihat Kami Bersama,” – Adira Nafi Gimik, Lelaki Misteri Memang Teman Istimewa

Penyanyi Adira Suhaimi setakat ini memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai gerangan lelaki misteri yang dimuat naik menerusi akaun Instagram, baru-baru ini.

Hantaran tersebut mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen hingga ada yang berteka-teki mengenai teman istimewa yang kini bertahta di hati penyanyi lagu Ku Ada Kamu itu.

Bagaimanapun Adira memaklumkan, dia belum bersedia untuk berkongsi perkara itu bagi menghormati semua pihak terutamanya ahli keluarga.

“Alhamdulilah Jika Ada Yang Suka Lihat Kami Bersama,” – Adira Nafi Gimik, Lelaki Misteri Memang Teman Istimewa

“Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan, ia sama sahaja seperti mana yang saya muat naik di media sosial.

“Saya kekal dengan pendirian saya untuk berkongsi setakat itu sahaja. Saya hanya mengharapkan doa yang terbaik.

“Saya tak boleh nak berkongsi banyak kerana saya juga perlu menghormati pihak keluarga,” katanya kepada MH.

Adira berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Talk To My Manager musim di Glass Space, Menara Ken, TTDI, pada Jumaat.

Ads

Dalam masa sama, Adira akui gembira jika ada pihak yang turut tumpang bahagia melihatnya bersama lelaki berkenaan.

“Alhamdulilah Jika Ada Yang Suka Lihat Kami Bersama,” – Adira Nafi Gimik, Lelaki Misteri Memang Teman Istimewa

“Saya masih selesa untuk tidak berkongsi apa-apa. Alhamdulillah,jika ada yang suka melihat kami bersama,” ujarnya lagi.

Penerimaan Anak-Anak

Sementara itu, Adira juga tidak menolak dakwaan lelaki itu merupakan individu istimewa di dalam hidupnya saat ini dan bukan sekadar gimik di media sosial.

“Alhamdulilah Jika Ada Yang Suka Lihat Kami Bersama,” – Adira Nafi Gimik, Lelaki Misteri Memang Teman Istimewa

Ads

“Boleh dikatakan sebegitulah. Lagipun, saya jarang muat naik gambar dengan mana-mana lelaki di media sosial.

“Ini bukan gimik. Saya bukan sejenis artis yang sebegitu. Apa yang saya kongsikan di media sosial adalah perkara-perkara yang saya suka.

“Tiada sebarang paksaan. Apa yang saya muat naik, itulah yang buat saya suka dan bahagia,” kongsinya lagi.

Malah, Adira juga bersyukur apabila lelaki itu juga berjaya menambat hati anak-anaknya dan mudah membuatkan mereka rasa selesa.

Ditanya sama ada lelaki itu bakal membuat kemunculan di program TTMM 2 nanti, Adira memaklumkan hal itu berkemungkinan tidak mungkin akan berlaku.

Ads

“Alhamdulilah Jika Ada Yang Suka Lihat Kami Bersama,” – Adira Nafi Gimik, Lelaki Misteri Memang Teman Istimewa

“Malangnya, dia kurang berminat untuk mendapatkan pendedahan di program-program seperti ini. Mungkin juga dia rasa kurang selesa,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

“Alhamdulilah Jika Ada Yang Suka Lihat Kami Bersama,” – Adira Nafi Gimik, Lelaki Misteri Memang Teman Istimewa

Perfume Pilihan Untuk Aura Lebih Menarik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Tak Sangka…,” – Sarimah Ibrahim Terkejut Terima Mesej Wanita Yang...

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim tidak menyangka watak Eva yang dibawakannya dalam drama Bila Cinta Menjadi Dosa mampu memberi kesan mendalam kepada penonton.
error: Hello. Cannot.