“Alhamdulilah Dah Dapat Date Untuk Czer,” – Eriyca Baiduri

Share

Usahawan kosmetik, Eriyca Baiduri atau sinonim disapa sebagai Madammu bersyukur apabila sudah mendapat tarikh untuk bersalin anak sulungnya menerusi kaedah pembedahan.

Menurut Eriyca, impiannya untuk bersalin normal tidak kesampaian kerana menurut doktor ia boleh mendatangkan risiko buat bayi dan ibu.

“Alhamdulilah hari ini Madammu & TP (suami) dah dapat date untuk Czer! Tak ada rezeki Madammu untuk bersalin Normal kerana doktor kata terlalu berisiko untuk Madammu dan baby kerana Madammu ‘High Risk Pregnancy’.

“Tak apa la. Dapat Baby pun dah bersyukur sangat apa yang penting Madammu & baby Selamat. Doakan Madammu semua ya. Dah tak sabar nak jumpa Baby A,” jelasnya.

Eriyca berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, pada Selasa.

Usia kandungannya kini sudah memasuki minggu yang ke-26.

Terdahulu, Eriyca sebelum ini sering berkongsi perjalannya dalam ikhtiarnya mendapatkan zuriat sendiri menerusi kaedah In vitro fertilization (IVF).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN