Alfatihah, Kartunis Dee Pergi Mengadap Illahi Pagi Tadi

Share

Kartunis terkenal, Dee atau nama sebenarnya, Zaidi Yusof dilaporkan telah meninggal dunia, pagi tadi.

Perkongisan tersebut telah dimaklumkan pelakon senior, Zulkifli menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Kartunis Dee atau nama sebenarnya Zaidi Yusop telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

“Allahyarham terkenal dengan karyanya Hello Boss di akhbar Utusan Malaysia. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Foto UTUSAN,” tulisnya.

Memetik laporan Utusan Online, Allahyarham Zaidi dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengadu sesak nafas pada pukul 7.15 pagi tadi.

Hasil lukisan Allahyarham sebelum ini cukup sinonim menerusi ruangan Hello Boss di akhbar berkenaan.

Sumber/ Foto: Utusan/Instagram Zulkilfi

 

IKLAN