Alfatihah…Bekas Vokalis Kumpulan Blackfire, Azmi Bahari Meninggal Dunia

Share

Vokalis kumpulan rock Blackfire, Azmi Bahari dilapor meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bandar Selayang Bahru, Selangor sekitar jam 5.00 pagi tadi.

Azmi meninggalkan isteri, Sabariah Jais, 55 seeta tiga anak, Asraf Alif, 27, Afiq, 24, dan Adila, 23.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang Bahru kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Memetik Utusan Online, isterinya berkata yang mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham.

Terdahulu, Azmi yang turut dikenali sebagai kartunis berasal dari Kangar, Perlis dan menubuhian Blackfire pada 1982 selain aktif membuat persembahan pentas dan gigs.

Blackfire pernah mengeluarkan album pertama pada Jun 2006, menggabungkan lagu Melayu dan Inggeris.

Sumber: Utusan Online

IKLAN