Aleesya Bercuti Bersama Bapa Di Tokyo, Netizen Puji Kemesraan Erra Fazira & Laudya Cynthia Bella

Share

Selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella ada memuat naik foto percutiannya ke Tokyo bersama anak Erra Fazira, Engku Aleesya.

Lantas, perkongsian tersebut mengundang pelbagai komen netizen yang rata-ratanya memuji hubungan yang terjalin di antara dua bintang besar itu.

“Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah.. Aleesya super happy,” tulisnya ringkas sambil ia turut menerima komen balas Erra.

Kata Erra dia turut seronok apabila melihat anak perempuannya itu gembira dengan percutian berkenaan.

Pada masa sama, ramai juga peminat yang kagum dengan kecomelan Aleesya, lantas membayangkan ia bakal mewarisi kecantikan ibunya.

Foto: Instagram Laudya, Erra Fazira

 

 

IKLAN