Alami Pendarahan Serius Di Kepala, Penyanyi Dangut Indonesia Chacha Serly Meninggal Dunia

Share

Penyanyi dangdut Indonesia, Chacha Sherly dilaporkan meninggal dunia semalam selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, 4 Januari lalu di Kilometer 428 berhampiran Tol Semarang – Solo, kira-kira jam 12.00 tengahari.

Berita tersebut disahkan pengurusnya, Chorus Okky yang turut sedih dengan pemergian penyanyi berkenaan.

Difahamkan, bekas anggota kumpulan terkenal Trio Macan itu menghembuskan nafas terakhir keesokannya selepas koma akibat kemalangan itu.

Ketika kejadian, sebuah kenderaan dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan terbabas lalu menyebabkan kenderaan yang mengikuti di belakang kemudian merempuh kenderaan itu termasuk kereta yang dinaiki Chacha.

Chacha sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Trio Macan sekitar tahun 2011 sebelum memilih untuk bergerak secara solo tahun lalu.

Sementara itu memetik CNN Indonesia, Chacha meninggal dunia kerana mengalami pendarahan serius di bahagian kepala.

IKLAN