“Alamak Terkua Plak Tangan Dia,” – Pak Nil Kongsi Sedutan Sinetron, Minta Netizen Beri Penjelasan Buat Pemuda Cacat ‘Bertangan’.

Share

Tular di media sosial sepotong babak daripada sebuah sinetron dari Indonesia yang memaparkan seorang lelaki yang kecewa apabila kehilangan kedua-dua belah tangannya.

Namun apa yang menarik perhatian, di saat dia seolah-olah mahu menamatkan riwayat dan cuba diselamatkan oleh seseorang, kelihatan dua tangan muncul di bawah kemeja yang dipakai.

Datuk Aznil Haji Nawawi turut sama memberi reaksi dan meminta netizen untuk memberikan penjelasan agar dia dapat bersangka baik atas babak yang dipertontonkan.

“Tolong bagi caption bersangka baik bagi video ini,” jelasnya.

Netizen seraya memberikan reaksi dan ada yang mengatakan tangannya telah ‘tumbuh kembali’.

Foto : Instagram Pak Nil

IKLAN