“Alamak Bulu Ketiak,” – Reaksi ‘Rambo Malaysia’, Mustapha Kamal Pada Foto Throwback 30 Tahun Lalu, Netizen Imbau Memori!

Share

Bersempena dengan episod akhir Pencarian Dewi Remaja edisi 2018/19 yang bakal bersiaran secara langsung dari Astro Ria pada jam 10.30 Ahad ini, kami ada membuat naik beberapa keping foto throwback barisan finalis Dewi Remaja terdahulu.

Bagaimanapun, kami turut mengimbau foto kenangan hero pujaan Malaya suatu ketika dahulu, Mustapha Kamal bersama barisan pelakon senior lainnya.

Lalu, pelakon hebat itu ada memberikan komen terhadap foto yang dirakam lebih 30 tahun lalu itu.

“Alamak…bulu ketiak,” tulisnya ringkas lalu disambut dengan pelbagai komen netizen yang rata-ratanya memberi reaksi terhadap penampilan hero tersebut pada era berkenaan.

Malah, ada komen membayangkan Mustapha Kamal memang sinonim dengan jolokan ‘Rambo Malaysia’, atas lakonannya menerusi filem Rimba Malam di samping Aida Khalida.

Antara filem lain yang turut melonjakkan namanya dalam industri seni ialah Mira Edora, Adik, Sembilu dan banyak lagi.

Foto: Instagram MH, Mustapha Kamal

 

IKLAN