Uncategorized

Alamak, Bekas Bintang Filem Dewasa, Mia Khalifa Pecah Payu Dara Dihentam Bola Hoki Ais?

Share

Bekas bintang filem dewasa, Mia Khalifa menceritakan detik cemas apabila payu dara yang ‘diimplan’ dikatakan pecah akibat hentaman bola hoki ais dua bulan lalu.

Mia yang ketika itu menghadiri perlawanan pasukan kegemarannya, Washington Capitals difahamkan duduk di tepi gelanggang ketika insiden tersebut berlaku.

“Saya sedang duduk di belakang kaca semasa perlawanan berlangsung apabila ia (bola hoki ais) terbang ke arah saya.

“Semua berlaku dengan pantas hinggakan saya tidak sempat berbuat apa-apa. Saya segera memegang dada dan tidak mahu melepaskannya.

“Saya merasakan jika saya melepaskannya darah akan memenuhi kawasan itu,” katanya kepada Daily Star.

Tambahnya lagi, kemalangan tersebut menyebabkan salah satu implan payudaranya turut pecah dan dia akan melakukan pembedahan tahun hadapan.

Mia yang juga sudah meninggalkan industri perfileman filem porno, kini menjadi hos bersama dalam podcast Sportball Rooster bersama bekas personaliti radio ESPN, Tyler Coe.

Foto: Instagram Mia Khalifa

IKLAN