Pelakon, Datin Niena Baharun berkongsi pengalaman hamil anak kedua apabila dia mengalami morning sickness yang terlampau.

Baginya, itu merupakan pengalaman pertama berhadapan dengan situasi tersebut berbanding kehamilan sulung.

“Yeay, 90% ‘morning sickness’ dah takde.

“Ni first pengalaman kena ‘morning sickness’, waktu Adiel dulu memang tak merasa langsung.

“Betul la mak mak selalu cakap, lain anak lain pengalaman kita dapat,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkara itu semakin berkurangan dan figura manis berhijab kini boleh menikmati pelbagai jenis makanan.

Now mommy dah boleh enjoy! Dah kurang dgn alahan bau. Dah boleh start makan banyak.

IKLAN

“Awal haritu, tengok makanan fav pun dah rasa mual apatah lagi nak makan. Sampai berat badan turun mendadak.

“Tapikan satu alahan ni baru timbul. Alahan dengan udara sejuk.

Hm boleh bergaduh dgn daddy dia, kadang dtg selfish daddy nak buka aircond paling sejuk.

“Apa pun mommy bersyukur diatas segala nikmat ini,” tulisnya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Niena mendoakan pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat sentiasa bersabar dan usah mudah berputus asa.

“Buat pasangan yg masih menantikan cahaya mata, kami titipkan doa semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh & solehah buat anda semua.

“Jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Semoga doa kita semua dimakbulkan,” titipnya.

View this post on Instagram

Yeay, 90% ‘morning sickness’ dah takde. Ni first pengalaman kena ‘morning sickness’ , waktu Adiel dulu memang tak merasa langsung. Betul la mak mak selalu cakap, lain anak lain pengalaman kita dapat. Now mommy dah boleh enjoy! Dah kurang dgn alahan bau. Dah boleh start makan banyak. Awal haritu, tengok makanan fav pun dah rasa mual apatah lagi nak makan. Sampai berat badan turun mendadak. Tapi kan satu alahan ni baru timbul. Alahan dengan udara sejuk. Hm boleh bergaduh dgn daddy dia, kadang dtg selfish daddy nak buka aircond paling sejuk. Haaa Apa pun mommy bersyukur diatas segala nikmat ini. Buat pasangan yg masih menantikan cahaya mata, kami titipkan doa semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh & solehah buat anda semua. Jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah. Semoga doa kita semua dimakbulkan ❤️

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

IKLAN

Terdahulu, Niena mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018.

Pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Adiel Milael, 2 tahun.

View this post on Instagram

💋

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

Foto: Instagram Niena Baharun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI