“Ala… Gula Tumpah Atas Screen Phone…,” – Foto Kahwin Jadi Wallpaper Telefon PU Riz, Netizen Doa Selepas Ini Bertiga Pula

Share

Satu perkongsian foto daripada pendakwah bebas Haris Ismail atau sinonim dipanggil PU Riz mencuri perhatian apabila berkongsi wallpaper di telefon pintar miliknya, iaitu foto perkahwinan bersama isteri, yang juga pengacara dan usahawan Noor Neelofa, 32.

PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26, memuat naik foto wallpaper tersebut menerusi hantaran terkininya di Instagram.

“New wallpaper,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen disusuli dengan emoji berbentuk hati sambil memberikan kredit.

Meninjau ke ruangan komen pada entri berkenaan, ramai yang tumpang gembira sekaligus menitipkan doa buat pasangan bahagia tersebut.

Malah, ada yang mengusik pasangan ini agar cepat-cepat mendapat rezeki zuriat.

“Nti pic btiga plk yer Aamin2,” tulis seorang warganet.

“Sweet and lovely couple,” tulis seorang lagi disusuli dengan emoji.

“Co cweeetty pak ustad cenggini,” tulis peminat tumpang gembira.

“Till jannah,” tulis warganet ringkas.

“Alaaa gula tumpah atas screen phone pulak,” usik seorang warganet.

“Soon bertiga pula,” usik seorang lagi warganet.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 110,000 tanda suka.

Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

IKLAN