
Berita sedih menyelubungi rakan-rakan peragawati yang mengenali Noor Wahyu Zulkifly Chan atau nama pentasnya, Ayu Chan apabila dimaklumkan, bekas model tersebut telah pun pulang ke rahmatullah pada petang Khamis.
Difahamkan, kematian model 90-an itu selepas dirinya beberapa tahun menderita penyakit kanser.
Lalu, pemergiaan Allahyarham turut diiringi bersama doa dan dedikasi dari rakan terdekat.
“Al-Fatihah NOOR WAHYU BT ZULKIFLY CHAN.. semoga ditempatkan dikalangan golongan org yg beriman.. terkilan sgt . Allah saja yg tau. . Suami..kwn2 tau.
“Ya Allah..Tapi..kenapaaa….suami tau mcm mana i syg kwn2 i..wlupun i jauh..y they all buat mcm i ni nothing. setelah berbulan u sakit..kite x jmpe..smlm dpt jumpa jenazah u je.. fair ke utk i?i faham mereka ckp itu kehendak u..tapi it hurts me so so bad. disisihkan i blh terima lg.
“Tapi bila xdpt sua muka disaat2 akhir kehidupan org yg i syg x kira family or kwn2.. sgt2 sakit i xblh nak ckp apa..remuk hati i.. im sorry.. terima kasih sbb pernah menceria kan hari2 i…Semoga damai di sana wahai sahabat..Al-fatihah,” tulis model yang juga bekas finalis Dewi Remaja 2010, Mia Ali.


Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, amin. Salam takziah buat keluarga Allahyarham dari MH.
Foto: FB Wanni Doll, Mia Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


![[VIDEO] Bila Ayda Jebat Nyanyi Lagu Celine Dion, Power Habis! 7 [VIDEO] Bila Ayda Jebat Nyanyi Lagu Celine Dion, Power Habis!](https://cdn.mediahiburan.my/2019/03/WhatsApp-Image-2019-03-11-at-12.53.18-PM-1.jpeg)
![#MHGlobal [VIDEO] Tragedi Christchurch: "InsyaAllah Kamu Semua Berada Di Syurga," - Atlet Ragbi, Sonny Bill Kesat Air Mata, Sebak 12 #MHGlobal [VIDEO] Tragedi Christchurch: "InsyaAllah Kamu Semua Berada Di Syurga," - Atlet Ragbi, Sonny Bill Kesat Air Mata, Sebak](https://cdn.mediahiburan.my/2019/03/5E082B9D-E8A3-4CE8-AF92-21AC8A667390.jpeg)
