Al-Fatihah… Ibu Penyampai Radio, Radin Era Meninggal Dunia

Share

Pengacara dan penyampai radio, Radin Era berkongsi khabar duka apabila ibunya, Feridah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir, pagi tadi.

Radin atau nama sebenarnya, Radin Amir Effendi memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Assalamualaikum wbt.

“Dimaklumkan bahawa bonda saya, Allahyarhamamah Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi jam 9.25 pagi, 18 Februari 2021 bersamaan 6 Rejab 1442H.

“Saya mohon jasa baik rakan-rakan semua untuk mendoakan Allahyarhamah agar ditempatkan di taman-taman syurga bersama-sama orang beriman.

”Amin, Nd sayang mama,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Peminat turut sedekahkan al-fatihah, rata-ratanya juga termasuk rakan selebriti menitipkan ucapan salam takziah buat hos berusia 30 tahun itu pada ruangan komen.

Foto: Instagram Radin Era

IKLAN