Al-Fatihah…Hembus Nafas Terakhir Di Samping Suami, Pelakon Wafa Abdul Kadir Telah Pergi Dijemput Illahi

Share

Pelakon senior, seniwati Wafa Tan Sri Abdul Kadir atau dikenali sebagai Wafa Abdul Kadir dikhabarkan telah meninggal dunia akibat menghidap penyakit Kanser Peritoneal.

“[ AL-FATIHAH ] Usai majlis persemadian dan perjalanan terakhir Kak Long Wafa Abdul Kadir @wafaabdulkadir
di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara,Kuala Lumpur.”
“Kak Long Wafa yang telah berpulang ke ribaan Allah SWT pada jam 1.00 pagi diiringi ahli keluarga.Semoga Allah SWT menempatkannya di kalangan para solihin.”
Seniwati Wafa amat dikenali menerusi lakonannya di dalam filem Azizah The Lagend dan juga drama Pasukan Gerak Khas.

 

Menurut Harian Metro, Wafa telah menghembuskan nafas yang terakhir disamping suami, Tajul Faizal Taminudin dan ahli keluarga yang lain. 

Jenazah Allahyarham Wafa telah mandikan di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur pagi tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. 

Rata-rata rakan artis juga turut mengucapkan salam takziah kepada Allahyarham Wafa dan semoga roh dicucuri rahmat.Al-Fatihah.

 

Sumber : Twitter Harian Metro & Instagram Selebriti

IKLAN