Al-Fatihah, Datuk Kepada Sari Yanti Meninggal Dunia – “Putus Sudah Kasih Sayang Di Dunia, Bertemu Hendaknya Kita Di Syurga…”

Share

Pelakon Sari Yanti memaklumkan khabar duka dengan memaklumkan datuknya, Haji Mohd Nor Abd Hamid telah meninggal dunia, hari ini.

Isteri kepada Jep itu turut berkongsi beberapa keping foto kenangan bersama arwah menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.

“Telah pulang ke Rahmat Allah atok kesayangan saya Hj Mohd Nor bin Abd Hamid. Anti sayang Atok.

“Putus sudah kasih sayang kita di dunia bertemu hendaknya kita di Syurga nanti. Amin Allahumma Amin,” tulisnya.

Pada masa sama, Sari atau nama lengkapnya Sari Yanti Mohamad Nazari mendoakan agar arwah datuknya di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

“Tolong doakan atok Sari ditempatkan dikalangan para solihin. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu’anhu,” tulisnya lagi.

 Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat turut sama mengucapkan salam takziah dan sedekahkan bacaan al-Fatihah buat Allahyarham.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Foto: Instagram Sari Yanti

IKLAN