Al-Fatihah, Datuk A. Rahman Hassan Meninggal Dunia

Share

Penyanyi popular era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 12.40 malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun. Difahamkan, arwah meninggal dunia akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak.

Makluman mengenai kematian bintang itu disampaikan menerusi Instagram Buletin TV3 sebentar tadi.

Serentak dengan berita kehilangan permata seni itu, para peminat dan rakan selebriti turut memberi dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

Terdahulu, pada 1 Jun lalu, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), sekitar jam 3.30 pagi akibat masalah jantung.

Allahyarham merupakan vokalis kumpulan Orkes Nirwana dan popular menerusi beberapa buah lagu seperti Syurga Idaman, Perpaduan Hidup dan banyak lagi.

Al Fatihah dan salam takziah dari MH buat seisi keluarga Allahyarham.

Foto: Instagram Fadilah Mansor

IKLAN