Al-Fatihah, Bapa Paan Bunkface Meninggal Dunia

Share

Menerusi laman Instagram Bunkface sebentar tadi, dimaklumkan bapa kepada gitaris utama band berkenaan, Paan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Salam semua, dukacita saya maklumkan bahawa bapa sahabat kami, Ahmad Farhan baru sahaja meninggal dunia.

“Mohon sahabat2 & kenalan mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat arwah. Allahummafirghlahu Warhamhu Waafii Wafuanhu.”

“Mohon doa dari kalian untuk arwah bapa @ahmadfarhan87, Hashim bin Hassan yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Jazakallahukhair.”

Al-Fatihah dan takziah MH ucapkan buat keluarga Paan. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Foto – Instagram Bunkface

IKLAN