Al-Fatihah…Bapa Angkat Azharina Azhar Dilapor Meninggal Dunia

Share

Selepas bertarung nyawa dan tenat di hospital awal bulan lalu, bapa angkat Azharina Azhar, Rashidi bin Sabri dilaporkan meninggal dunia pada 11.20 malam semalam.

Menurut penyanyi Elergi Sepi itu, jenazah arwah ayah angkatnya akan disolatkan di surau Nurul Iman Saujana Puchong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong.

Nina menerusi laman Instagram menyatakan arwah ialah lelaki yang bertanggungjawab menjaga dia sejak berusia 18 tahun.

Pada usia 74 tahun, arwah masih gagah menunaikan solat ke surau Nurul Iman dan aktif menguruskan hal-hal surau.

Al-Fatihah MH ucapkan. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Foto – Facebook dan Instagram Azharina Azhar

IKLAN