Walaupun sering sibuk dengan karier seni, namun pelakon Fasha Sandha tetap mengutamakan tugas utamanya sebagai seorang ibu dan isteri.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, mengakui dia ibu yang tegas namun dalam masa yang sama mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan kasih sayang terhadap tiga cahaya matanya.
“Melayani anak-anak yang bermacam-macam ragam. Saya seorang ibu yang tegas tapi saya manjakan ketiga-tiga anak saya setiap hari dan takkan lupa dengan ayat ‘I love you’ pada setiap anak.
“Lebih daripada tiga kali setiap hari, tapi kalau salah tetap akan kena juga…
Ads
“Siapa macam saya? Kita geng okay,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.
Menerusi hantaran itu, Fasha memuat naik video dia sedang memeluk dan berciuman dengan dua anaknya iaitu Rayfal dan Raysha.
Sekadar info, Fasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz, 35, pada 30 Mac 2019 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira, 2 tahun.
Ads
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha turut memiliki sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 8, dan Putri Raysha Jemaima, 7 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan popular, Neelofa tersinggung dengan penyebaran video memaparkan wajah anak sulungnya, Mohammad Bilal sehingga menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 33, tindakan individu berkenaan seperti tidak menghormati dirinya dan suami, PU Riz yang merupakan ibu dan bapa kepada Bilal.
“Sebagai seorang ibu, tentulah hal itu (penyebaran video wajah Bilal) menyinggung perasaan saya.
“Kalau orang nampak Bilal di luar, tak mengapa, saya tak halang.
“Tapi bila share benda itu, saya rasa macam dia tidak menghormati saya.
“Bagilah saya seorang ibu yang melahirkan buat benda ini (mendedahkan wajah Bilal kepada umum),” katanya kepada MH.
Neelofa ditemui pada majlis sidang media program bual bicara Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Menurut Neelofa lagi, dia dan suami sebenarnya sudah mempunyai perancangan bila masa yang sesuai untuk mendedahkan wajah Bilal kepada orang ramai.
“Memang akan sampai masa itu dan saya dengan suami dah rancang bila masa yang sesuai.
“Kami nak jadi orang pertama yang buat,” katanya lagi.
Nama penyanyi dan pelakon, Azira Syafinaz kebelakangan ini kerap menjadi buah mulut warganet berikutan imejnya yang kini dikatakan semakin seksi.
Ketika ditemui, Azira memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana bimbang kata-katanya itu nanti akan disalah tafsir segelintir pihak.
Lalu, dia memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar dirinya dapat berubah ke arah yang lebih baik satu hari nanti.
“Saya tiada komen mengenai perkara ini kerana kalau saya berkata sesuatu pun, orang mungkin akan salah anggap. Nanti spekulasi lain pula yang timbul.
“Saya sedar tindakan saya ini tak bersesuaian bagi sesetengah pihak tetapi mungkin anda semua boleh mendoakan agar satu hari nanti, saya akan berubah ke arah yang lebih baik,” katanya kepada MH.
Anggota kumpulan De Fam itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala drama siri One Cent Thief, pada Selasa.
Katanya lagi, dia sudah terbiasa dengan ‘sepak terajang’ yang harus dilalui apabila bergelar selebriti.
“Sejujurnya, sudah tentu saya tak selesa bila ada pihak yang melabelkan saya dengan perkara yang bukan-bukan. Namun, ini adalah lumrah bergelar selebriti. Kita kena hadap perkara seperti ini.
“Saya tak kata perbuatan saya ini betul cuma doakanlah yang terbaik untuk saya,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia terkesan dengan komen-komen netizen di media sosial, Azira memberitahu, ada sebenarnya lebih selesa untuk tidak ambil pusing.
“Saya bukan jenis yang suka baca komen. Saya biarkan sahaja. Dulu mungkin saya kerap baca komen dan tipulah kalau saya tak terkesan. Sebagai manusia, kita juga ada hati dan perasaan.
“Kadang-kala, ada juga pihak yang melampaui batas dan membuatkan saya berasa geram tapi realiti menjadi seorang artis memang kena banyak bersabar.
“Apa yang kita kongsikan di media sosial, tetap ada baik dan buruknya. Buat perkara baik atau sebaliknya, orang akan tetap mengata. Apapun, teguran yang baik, saya tetap akan terima manakala yang buruk, saya akan cuba perbaiki.
“Saya tak mahu cepat melatah. Ia merupakan satu perkara yang tak baik untuk kita di dalam industri ini,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Azira akui teruja apabila turut terlibat di dalam drama One Cent Thief yang juga merupakan drama aksi-triller pertamanya.
“Pengalaman berlakon drama ini memang sangat mencabar lebih-lebih lagi untuk keluar daripada watak-watak yang biasa saya bawakan sebelum ini.
“Ini merupakan drama aksi pertama saya. Meskipun babak aksi saya hanya sedikit tapi saya tetap teruja,” ulasnya.
Terdahulu, One Cent Thief merupakan drama arahan pengarah muda, Ariff Zulkarnain.
Drama ini bakal menemui penonton bermula 8 Oktober ini, setiap hari Sabtu jam 9 malam.
Penonton juga berpeluang menonton episod baru seminggu lebih awal pada Sabtu jam 12 tengah malam menerusi platform Astro Go atau On Demand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Elly Mazlein meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Mohammad Azlan Che Noh yang ke-32.
Menerusi perkongsian terkini di Instagram hos Gegar Vaganza ke-9 (GV9), itu, Elly yang mesra disapa Kak Lina memuat naik foto suami bersama kek khas bersama belon angka 3 dan 2.
“Happy birthday suami mama yg ke-32. Thank you jadi suami dan papa yang baik. Mama, Manja & Haider love you so much,” dedikasi Elly menerusi ruangan komen.
Sambutan tersebut turut disusuli dengan pelbagai komen ucapan dan doa yang baik-baik dari peminat dan rakan selebriti bersempena dengan hari jadi suami penyanyi Bungaku Bakawali itu.
Untuk rekod, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan pada 17 Disember 2019 dan mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2020.
Pasangan ini dikurnia seorang anak lelaki, Hader Mateen yang kini berusia setahun.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.